Gabungan Parti Sarawak, GPS telah menyelesaikan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU DUN Sarawak ke-16.

Dalam sidang media khas pagi tadi, Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, GPS akan bertanding di semua 82 kerusi.

Bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan jumlah pengagihan kerusi sehingga satu waktu yang sesuai kelak.

Mengenai tarikh PRU DUN Sarawak, beliau berkata, ia akan ditentukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, SPR.

DUN Sarawak terbubar secara rasminya pada 3 November lalu setelah Yang di-Pertuan Agong berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak.

Ia sekali gus membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari sebaik perintah darurat di negeri itu diungkai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini