Kempen Pilihan Raya DUN Sarawak ketika ini turut berdepan dengan faktor cuaca terutama musim tengkujuh.

Atas faktor itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mempertingkat pemantauan di kawasan berisiko banjir.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, John Sagun Francis berkata ini termasuk melakukan rondaan berkala setiap dua jam ketika hujan tanpa henti.

Selain itu, Pihak bomba juga sentiasa memantau media sosial seperti Facebook di pusat gerakan yang beroperasi 24 jam dalam usaha memberi respon segera jika ada penduduk terjejas memuatnaik informasi atau gambar dilaman sosial.

Beliau berkata demikian dalam Program Randau yang disiarkan secara langsung di TV1.

Menyentuh mengenai persiapan pada hari pengundian pula John Sagun berkata anggotanya telah dikerahkan bersedia pada setiap masa berdepan insiden kecemasan.

Pada masa yang sama akan melakukan pemeriksaan di pusat-pusat memuang undi sebelum hari pengundian bagi memastikan keselamatan dalam keadaan optimum.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini