Kementerian Komunikasi dan Multimedia, KKMM bersedia meneliti semula keperluan akses internet di Sarawak sebagai persediaan Pilihan Raya Umum, PRU DUN Sarawak. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu perlu, memandangkan capaian internet di Sarawak masih belum meliputi seluruh kawasan khususnya pedalaman.

Kekangan yang dihadapi akan memberi cabaran lebih besar untuk kempen calon dan parti bertanding. Untuk melancarkan proses capaian internet di Sarawak, kerjasama syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, amat diharapkan. Tan Sri Annuar bercakap kepada media, di Ayer Keroh, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini