Berbaki dua hari sahaja lagi, pengundi pengundi di 82 DUN di Sarawak yang layak diminta menunaikan hak dan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi pada Sabtu ini.
Undi mereka akan menentukan kepimpinan yang membawa hala tuju dan masa depan kawasan mereka.
Calon DUN Bukit Sari,Datuk Haji Awang Tengah berkata persediaan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan pengundi dapat menunaikan hak mereka.
Malah mereka yang positif COVID-19 juga masih berpeluang mengundi kerana ruang khas disediakan.
Beliau menegaskan pengundi juga harus bijak memilih kerajaan yang dapat memberi kemajuan secara holistik daripada semua aspek tanpa mengira kaum dan agama serta kestabilan.
Datuk Awang Tengah merasmikan Program Kongsi Fakta Daerah Miri di Dewan Masjid Darul Hana Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir, Miri.
Dalam ucapannya, beliau memberitahu sekiranya Gabungan Parti Sarawak diberi mandat, memperjuang hak hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 selain penyelesaian isu Hak Adat Bumiputera akan diberi tumpuan.
Pada majlis itu juga beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan COVID-19 kepada rumah-rumah ibadat dalam DUN Lambir.
Datuk Awang Tengah berhadapan saingan 3 pejuru daripada calon dari Parti Bumi Kenyalang dan Parti Sarawak Bersatu.