Permohonan undi pos secara dalam talian bagi PRU DUN Sarawak ke-12, buat warganegara Malaysia di luar negara dan mereka dalam sektor keselamatan serta kesihatan telah dibuka sejak 8 November lalu dan akan berakhir pada 24 November ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu adalah buat pengundi kategori Borang 1B bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C bagi 9 Agensi dalam Sektor Keselamatan dan Kesihatan sahaja.

Manakala permohonan undi pos kategori Borang 1A iaitu bagi Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media akan dimaklum kelak. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar atau di portal rasmi SPR seperti tertera di bawah.

Datuk Ikmalrudin menasihatkan permohonan lebih awal dibuat bagi mengelakkan sebarang isu atau kesulitan. SPR sebelum ini memaklumkan, Mesyuarat khas berkaitan urusan PRU DUN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 Nov di Kuching, Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini