PRU DUN Sarawak kali ke-12 bermula dengan proses penamaan calon yang berlangsung di 82 pusat penamaan.

Penyerahan borang berkenaan bermula pada pukul 9 pagi.

Di N 26 Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.58 pagi.

Beliau ditemani Datuk Naroden Majais selaku pencadang yang juga merupakan penyandang bagi DUN berkenaan dan penyokong adalah penghulu Iban Islam Kawasan Ulu Simunjan Mohammad Najib Arbi.

Turut menyerahkan kertas penamaan adalah calon Parti Sarawak Bersatu, PSB, Mohamad  Sofian Faris, Parti Bumi Kenyalang , Tomson Marcus Ango dan Parti Amanah, Kamal Bujang.

Ketiga-tiga mereka kali pertama bertanding dalam pilihan raya.

Tan Sri Abang Johari merupakan penyandang 9 penggal bagi Dun N.8 Satok sebelum beralih ke kawasan DUN pedalaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini