Polis Sarawak mengeluarkan sebanyak 10 kompaun bernilai RM35,000 sepanjang tempoh 9 hari kempen PRU DUN Sarawak Ke-12.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata dalam tempoh sama sebanyak 2,265 permit polis diluluskan kepada calon dan parti yang bertanding.

Ketika ditemui di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Kontinjen, IPK Sarawak beliau turut memberitahu sebanyak 46 kertas siasatan bagi tempoh 30 November sehingga 13 Disember.

Antaranya membabitkan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu salah guna media sosial dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini