Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula 7.30 pagi tadi tamat selepas semua pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 5 petang.


Sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran ditutup secara berperingkat seawal 11 pagi, pengundian membabitkan lebih 1.2 juta pengundi.

Sejurus pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 82 pusat penjumlahan undi dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini.

Di  N17 Stakan,kesemua 12 Pusat Mengundi dan 38 saluran  ditutup secara rasmi pukul 5 petang tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N17 Stakan, Mohammad Nizam Wang berkata  dua peti undi awal tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan dan Balai Raya Sungai Empit kira-kira pukul 2 petang tadi.
 

Di DUN Tanjung Datu.kesemua 16 pusat mengundi telah ditutup.

Empat pusat mengundi telah ditutup pukul 5 petang tadi iaitu SJKC Chung Hua Sematan, SK Bumiputera, SJKC Chung Hua Lundu dan SK Stunggang Melayu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini