Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis sasaran 70 peratus keluar mengundi mampu dicapai pada PRU DUN Sarawak ke-12 Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata walaupun pilihan raya kali ini berlangsung dalam fasa Pelan Pemulihan Negara sasaran tersebut boleh dicapai dengan peratusan yang lebih baik.

Beliau turut menyeru agar semua pengundi yang layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa rasa bimbang kerana pihak SPR telah menetapkan SOP yang ketat di setiap pusat mengundi.

SPR juga akan menggunakan berus khas untuk mencalit dakwat pada jari pengundi yang bergejala sahaja.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mempunyai 3,555 saluran akan dibuka Sabtu ini.

SPR melantik seramai 46,565 orang petugas untuk mengendalikan proses PRU DUN Sarawak kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini