Datuk Patinggi Abang Johari memaklumkan, kuasa menentukan tarikh-tarikh penting
itu dikembalikan kepada pihak Suruhanjana Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut menjelaskan tentang pembubaran DUN Sarawak kali ini berbeza berikutan situasi semasa negara yang menghadapi penularan wabak covid-19, sehingga menyebabkan kelewatannya.
 
Beliau yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak, GPS turut mendedahkan, bahawa pembahagian kerusi bagi PRU DUN Sarawak dalam gabungan itu telah selesai.
 
GPS akan bertanding di kesemua 82 kerusi.
 
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah pengagihan kerusi buat masa ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini