Perkembangan kempen PRU DUN Sarawak.

Kempen yang bermula semalam kini menyaksikan beberapa lokasi di Kuching mula di penuhi dengan perang poster.

Walaupun hanya kempen digital digalakkan di kawasan ini namun dengan adanya poster dan bendera ia secara tidak langsung membangkitan kehangatan suasana pilihanraya.

Bagi Calon GPS Batu Lintang, Sih Hua Tong; apa yang lebih utama perkhidmtan berterusan dan tidak tertumpu pada musim pilihan raya semata-mata.

Malah misi utamanya kini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir di pusat kota itu yang gagal diselesaikan sejak 15 tahun lepas.

Sempena PRU DUN Sarawak kali ini hanya 64 DUN sahaja dibenarkan untuk kempen secara fizikal seperti ceramah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini