Pakatan Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Komeito dijangka menguasai majoriti kerusi dewan rakyat dalam PRU, hari ini. Pusat mengundi di seluruh negara ditutup pada 8 malam waktu tempatan.

Pengiraan undi pula dijangka berlangsung sehingga lewat malam. Tinjauan media mendapati parti pemerintah LDP dan sekutunya Komeito diramal mengekalkan majoriti, sekurang-kurangnya 233 kerusi Dewan Rakyat yang keseluruhannya sebanyak 465 kerusi.

Keputusan rasmi bergantung dengan keputusan di kawasan yang menyaksikan calon parti gabungan berdepan saingan sengit daripada pembangkang.

Daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat, 289 kerusi membabitkan daerah yang hanya diwakili seorang ahli dewan dan calon terpaksa bersaing sengit untuk mendapatkan undi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini