Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta jentera parti Barisan Nasional (BN) bersiap siaga meskipun tarikh sebenar PRU15 belum diumumkan.

Jelas beliau, PRU-15 perlu berlangsung selewat-lewatnya pada Julai tahun depan iaitu kira-kira setahun dari sekarang. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, supaya jentera elak gerak kerja saat akhir.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika PRU 15 boleh diadakan sebelum Julai tahun hadapan. Beliau berkata demikian selepas Perjumpaan khas dan Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat Wanita di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini