Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025, bakal dibangunkan bagi memperkasa pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan penduduk luar bandar.

Blueprint itu akan dibangunkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB dengan peruntukan RM28 juta bagi tempoh 5 tahun.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, visi, hala tuju dan rangka pelaksanaannya adalah selari dengan aspirasi KPLB dalam mempertingkat tahap kesejahteraan masyarakat luar bandar. Beliau merasmikan sambutan “Hari Inovasi KPLB 2021” dan “Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025” di Putrajaya.

Teras pelan strategik itu menunjukkan bahawa peranan KLPB tidak hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi, keusahawanan dan pembangunan modal insan semata-mata.

Malah, peranan kementerian juga menyokong Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, sebagai pemacu agenda kerajaan digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini