Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.

Ia meningkat sebanyak RM1.02 bilion atau 50.95 peratus berbanding RM1.99 bilion pada tahun 2020.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan, pencapaian membanggakan itu,  telah memecah rekod pencapaian  untuk tiga tahun sebelumnya, dengan  RM1.14 bilion direkodkan pada 2018 dan RM1.37 bilion, pada 2019.

Jumlah keseluruhan deposit SSPN terkumpul sehingga 31 Disember 2021 ialah RM10.88 bilion.

Manakala terimaan deposit berjumlah RM3.01 bilion bagi tahun 2021, merupakan 167.08 peratus berbanding sasaran 2021 sebanyak RM1.8 bilion.

Bagi prestasi pembukaan akaun baharu SSPN, sebanyak 421,281 akaun telah dibuka pada tahun lepas.

Ia melepasi sasaran tahunan sebanyak 400,000 akaun dan sehingga 31 Disember lepas, sebanyak 5.24 juta akaun telah dibuka.

Bagi 2021, PTPTN telah berjaya membantu seramai 140,977 pelajar yang ditawar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi, melalui pinjaman pendidikan yang diluluskan berjumlah RM3.51 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini