Pemberontak Houthi  di Yaman dilaporkan telah menahan sebuah kapal kargo yang menggunakan bendera Emiriah Arab Bersatu, UEA di Laut Merah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera pakatan pimpinan Arab Saudi, kapal itu membawa bekalan perubatan.

Pihak pemberontak pula menyatakan kapal itu adalah kapal kargo tentera membawa peralatan tentera.

Tentera pakatan yang telah berjuang hampir tujuh tahun menyokong kerajaan Yaman menentang pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Konflik tersebut telah menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal dan menjadi krisis kemanusiaan terburuk di dunia, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jurucakap pasukan pakatan, Turki al-Malki berkata, pemberontak perlu melepaskan kapal itu dengan segera atau tentera pakatan akan mengambil semua langkah dan prosedur yang perlu untuk menangani pelanggaran itu, termasuk penggunaan kekerasan jika perlu.

Tambahnya, kapal itu belayar dari Pulau Socotra di Yaman, di luar pantai utara negara itu kembali dari bandar Jazan di Arab Saudi selepas selesai misi membangunkan sebuah hospital lapangan di pulau itu.

Kapal yang dinamakan Rawabi itu menggunakan bendera UAE telah dirompak dan diculik pada Ahad di luar wilayah Hodeida.

Malki tidak dapat mengesahkan bilangan orang di atas kapal tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini