Seorang lelaki ditahan reman 4 hari susulan kes memukul bapa saudaranya dengan sebatang kayu di Kampung Tempoyak, Kadok, Ketereh, Kelantan.

Perintah reman sehingga 10 Januari itu dikeluarkan Majistret Amar Razim Alias.  

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan, penahanan suspek berusia 30 tahun pada 8.15 pagi semalam di sebuah pondok di Kampung Tempoyak, Kadok, Ketereh.
 
Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian, bapa saudara suspek berusia 55 tahun, cedera parah di kepala selepas dipukul suspek dengan sebatang kayu selepas menegur suspek yang mengambil ubat nyamuk tanpa kebenaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini