Ibu negara Indonesia akan dipindahkan dari Jakarta ke Pulau Borneo.Pengumuman dibuat Presiden Joko Widodo sekaligus menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan mengenai ibu negara baharu bagi Indonesia.Menurut beliau, beban yang ditanggung Jakarta sudah terlalu berat sebagai pusat tadbir urus, perniagaan, kewangan, perdagangan dan perkhidmatan.Lokasi yang dicadangkan, iaitu berhampiran daerah Balikpapan dan Samarinda yang kurang berisiko dilanda bencana alam.Kerajaan dilapor memiliki kira-kira 180,000 hektar tanah di Pulau Borneo untuk dibangunkan sebagai ibu negara baharu bagi Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini