Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang, yang diperkenal kerajaan negeri, menyaksikan Pulau Mutiara bakal muncul negeri berteknologi tinggi. Menerusi pelan itu kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, dijangka menjadikan Pulau Pinang, negeri pertama menggunakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan gigabyte, GB bagi semua rangkaian telekomunikasi. Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang adalah selaras hasrat kerajaan negeri menuju ke visi Penang 2030 sebagai negeri pintar. Pelan itu melibatkan kerjasama tujuh syarikat telekomunikasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini