Kerajaan Pulau Pinang melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) cadang tambah   fasiliti suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan penerimaan dos penggalak dalam kalangan rakyat di negeri itu perlu ditingkatkan.

Dalam usaha meningkatkan kadar suntikan sedia ada, JKNPP kini dalam proses mengenal pasti beberapa lagi Organisasi Penjagaan Kesihatan (HCO) membabitkan dewan bersesuaian.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kesedaran mengenai penerimaan dos penggalak perlu ditingkatkan.

Ini  memandangkan hanya 60 hingga 70 peratus hadir mendapatkan suntikan daripada keseluruhan jumlah janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Sehingga semalam sebanyak 73 fasiliti swasta membabitkan klinik dan hospital serta sebuah HCO dengan kapasiti melebihi 1,000 suntikan sehari telah beroperasi sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak di negeri itu.

Meskipun begitu, Chow berkata sistem kesihatan negeri masih terkawal dan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi mendepani sebarang bentuk risiko penularan COVID-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini