Kerajaan Pulau Pinang optimis sasaran pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada 100% penduduk dewasa di negeri itu mampu dicapai akhir bulan depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ia mengambilkira kapasiti harian suntikan dos penggalak di Pulau Pinang yang mencecah 18,000.

Proses vaksinasi dilaksana di 100 klinik swasta, tujuh hospital swasta dan 10 pusat pemberian vaksin luar tapak.

Bagi memastikan sasaran itu dicapai, penduduk dewasa Pulau Pinang dinasihat menerima dos penggalak sebaik janji temu vaksinasi diterima.

Tindakan itu juga penting bagi mengekang penularan COVID-19 lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu, termasuk OMICRON.

Kes positif COVID-19 di Pulau Pinang kini berkurangan kepada purata 160 hingga 200 kes sehari.

Namun usaha memantau kadar kebolehjangkitan dan varian baharu masih diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini