Pusat peranginan Pulau Redang di Kuala Nerus, Terengganu terus menjadi destinasi pilihan pelancong walaupun musim tengkujuh bakal tiba. Kebanyakan pengusaha industri pelancongan tidak menang tangan dengan sambutan yang diterima sejak rentas negeri dibenarkan.

Walaupun sudah menghampiri musim tengkujuh dan pulau pulau di Terengganu sudah mula ditutup bulan ini hingga Februari tahun depan, namun para pengusaha bot dan resort tetap bersemangat menyambut kedatangan pelancong.
 
Peningkatan sehingga 60 hingga 70 peratus kehadiran pelancong telah direkodkan berbanding 20 hingga 30 peratus sahaja sebelum ini yang hanya dihadiri pelancong tempatan. Pulau Redang yang terkenal dengan pasir putihnya serta mempunyai Taman laut dan tapak pemuliharaan penyu juga antara faktor peningkatan jumlah kedatangan pengunjung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini