Biarpun pandemik masih melanda seluruh dunia, St Helena, pulau terpencil milik United Kingdom di Lautan Atlantik menjadi salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang bebas daripada wabak Covid-19.

newsbreezer.com melaporkan, pulau berkeluasan 120 kilometer persegi itu didiami 4,500 penduduk itu tidak merekodkan walaupun satu kes Covid-19.

Berikutan itu, tiada pelitup muka dan penjarakan fizikal diperlukan di situ.

Orang ramai juga hanya diminta memberi perhatian kepada kebersihan diri termasuk dinasihatkan supaya sering mencuci tangan.

Semua pelancong yang datang ke pulau itu sebelum ini dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari di Kem Bradleys.

Ia asalnya dibina sebagai penginapan sementara untuk pekerja lapangan terbang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini