United Kingdom kini berdepan situasi sangat membimbangkan berikutan varian Omicron merebak pada kadar yang pantas.

Varian Omicron dikesan meningkat dua kali ganda setiap dua hingga tiga hari di England dan mungkin lebih cepat di Scotland.

Setiausaha Komuniti United Kingdom (UK) Michael Gove berkata 30 peratus kes koronavirus di London adalah daripada Omicron, walaupun varian itu baru dikenal pasti di UK dua minggu lalu.

Walaupun peningkatan dalam kes Omicron, Gove berkata pihaknya terus menasihatkan orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan keperluan untuk melindungi mereka daripada virus itu.

Dan apabila data baharu dikumpul, pihaknya akan mempertimbang tindakan susulan selanjutnya.

Beliau juga berkata, terdapat bukti Omicron menyebabkan lebih banyak kemasukan ke hospital dalam kalangan mereka yang telah divaksin sepenuhnya berbanding varian sebelumnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini