Puluhan ribu rakyat Amerika Syarikat berkumpul dan mengadakan protes di seluruh negara bagi menentang keganasan senjata api susulan beberapa siri tembakan rambang tercetus sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Protes dianjurkan pertubuhan March For Our Lives, yang diasaskan pelajar yang terselamat daripada kejadian serangan beramai-ramai di sebuah sekolah di Parkland, Florida pada 2018.

Penunjuk perasaan berkumpul dan berarak sambil membawa sepanduk dengan pelbagai nota.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini