Puluhan ribu penduduk di utara China dikenakan perintah duduk di rumah bermula semalam.

Ia ketika pihak berkuasa berusaha menghentikan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Pihak berkuasa di Beijing turut menyekat akses ke lokasi pelancongan dan menasihatkan penduduk agar tidak meninggalkan bandar itu kecuali jika perlu.

Buat masa ini, pengangkutan awam masih diteruskan seperti biasa.

Pihak berkuasa juga memberi amaran lebih banyak jangkitan berlaku selepas ujian saringan diperhebatkan dalam beberapa hari lagi yang dikaitkan dengan sekumpulan pelancong tempatan yang bercuti ke seluruh China.

Semalam, China melaporkan 39 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes dikaitkan penularan varian Delta di negara itu meningkat lebih 100 kes sejak minggu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini