Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenal ‘Sustainable Accelerate Scheme’ (SUCCESS), bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam mendepani cabaran pasca pandemik.

Ia menawarkan pembiayaan bermula daripada RM100,000 hingga RM1 juta. Skop pembiayaannya, untuk perbelanjaan operasi dan modal kerja. Permohonan yang berjaya akan diberi tempoh penangguhan selama tiga bulan ke atas prinsipal, selepas pembiayaan disalurkan kepada usahawan.

Kira-kira 200 Rakan Usahawan PUNB sedia ada dikenal pasti layak memohon inisiatif SUCCESS. Secara keseluruhan, RM100 juta diperuntukkan untuk inisiatif terbaharu itu, menggunakan dana dalaman PUNB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini