Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kubu Gajah Sumpitan pada Isnin.

Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Perak memaklumkan, maklumat awal mendapati kejadian berkenaan berlaku akibat hujan lebat pada jam 2 petang.

Menerusi kenyataan di Facebook, hujan lebat tersebut telah mengakibatkan cerun runtuh dan berlaku mendapan pada jalan raya.

Kerja-kerja pengurusan trafik telah dijalankan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan dan sehingga hari ini, satu laluan masih dibuka bagi
kenderaan ringan sahaja.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, INTAP turut memaklumkan kejadian sama yang berlaku di Jalan Sumpitan – Ijok.
 
Laluan telah ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pembersihan serta baik pulih cerun yang runtuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini