Komuniti setempat khususnya di Perlis disaran  mempunyai kecintaan terhadap nilai keindahan dalam kehidupan seharian.
 
Apabila rasa cinta dan menghargai keindahan kukuh bertapak dan menjadi budaya, secara tidak langsung komuniti itu akan menghargai dan menjaga alam sekitar agar kekal bersih. 

Mengambil contoh Projek DiRaja Transformasi Kampung Berwarna-Warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ingin masyarakat mengambil iktibar atas usaha dilaksanakan.
 
Penempatan yang kusam suatu ketika dahulu, kini menjadi penempatan indah dan kaya dengan kreativiti sekali gus menggerakkan sikap penghuninya untuk turut berubah.
 
Baginda bertitah ketika merasmikan Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Khas Covid di Tambun Tulang, Arau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini