Seorang lelaki warga emas, sanggup berpura-pura sakit dan rebah di sebuah kedai makan bukan Islam di Pekan Tunjang, Jitra, Kedah, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa agama. Lelaki berusia 71 tahun itu, memberi alasan beliau makan di kedai itu atas alasan mempunyai masalah kesihatan dan tidak boleh berpuasa. Dia ditahan dalam Ops Ramadan yang dijalankan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bagaimanapun gagal menjawab apabila disoal mengenai penyakit yang dihidapinya. Ops bagi mencegah kaki ponteng puasa di daerah Kubang Pasu itu turut menahan seorang lagi lelaki. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK, Syeikh Azhari Mohamad berkata, kedua-duanya diberi surat saman dibawah Seksyen 14(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan atau minum di khalayak ramai ketika bulan puasa. Mereka boleh didenda tidak lebih seribu ringgit atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini