Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan, purata trend kehadiran murid ke sekolah bagi tempoh 3 Oktober hingga 29 November 2021 adalah melebihi 85 peratus. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, ia menunjukkan pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid. 

Jelasnya, ia juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi bersesuaian. Tambahnya, ia juga melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK), murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah dengan jumlah keseluruhan 49,563 orang. 

Bagi sekolah menengah pula, melibatkan murid kelas peperiksaan, MBK dan murid kelas PPKI dengan 84,497 murid. Secara keseluruhan, bilangan sekolah yang sedang beroperasi adalah 10,060 buah sekolah, melibatkan 4,385,281 murid. Datuk Dr Radzi menjawab pertanyaan ahli parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini