Seiring dengan perkembangan peranannya, Pusat Internet Komuniti (PIK) ditransformasikan sebagai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Ia sebahagian langkah pendigitalan ekonomi rakyat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Objektif awalnya untuk memperkenalkan internet kepada komuniti, namun fungsinya semakin berkembang termasuk kini berperanan membangunkan aktiviti keusahawanan digital.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dr Fadhullah Suhaimi Abdul Malek, seribu 85 PEDI akan beroperasi seluruh negara menjelang penghujung tahun 2022.

Katanya, transformasi PEDI kini melibatkan lima pendekatan baharu.

Pelancaran yang akan berlangsung di Bera ini sekali gus bakal menyaksikan lebih ramai usahawan mikro menerima manfaat daripada penjenamaan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini