Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal diwujudkan  untuk memastikan peniaga dan penjaja memiliki platform mengikuti perkembangan teknologi digital yang terbaharu, atau menjalankan perniagaan secara e-dagang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kementerian menerusi Perbadanan Ekonomi Digital MDEC akan mewujudkan PEDi di Rumah Prihatin @ GrandSeasons di ibu negara. Ia bagi melatih penduduk ibu kota menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi digital. 

Tan Sri Annuar yang juga Pengasas Rumah prihatin memaklumkan, SERIBU peserta dijangka menyertai siri latihan untuk peniaga kecil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini