Sejak beroperasi pada April 2021, Pusat Kitar Semula Pandu Lalu yang diperkenalkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri (SWCorp) Perlis terus mendapat sambutan menggalakkan masyarakat.

Sebagai pusat yang pertama seumpamanya di Perlis, sebanyak 104 tan pelbagai barangan kitar semula dihantar oleh penduduk sekitar ke pusat berkenaan.

Menurut Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir, nilai keseluruhan bayaran kepada penduduk yang telah dijelaskan sebanyak RM33,950.00 menerusi barangan kitar semula berkenaan.

Antara barangan paling banyak dihantar ialah barangan fabrik, kotak, campuran kertas dan minyak masak.

Berdasarkan jumlah barangan kitar semula dan sambutan baik masyarakat, sebuah lagi pusat kitar semula dalam perancangan untuk dibuka dikawasan Arau bagi menampung barangan kitar semula yang dihantar penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini