Pusat kuarantin COVID-19 kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh musnah terbakar, semalam.

Ia dipercayai berpunca daripada litar pintas namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu disedari penghuni kem.

Api hanya berjaya dikawal selepas 2 jam usaha memadam dilakukan.

Kesemua 12 pelarian yang dikuarantin di pusat itu dilaporkan selamat dan dipindahkan ke lokasi lain.

Kem Cox’s Bazaar menempatkan kira-kira sejuta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kempen penganiayaan junta tentera Myanmar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini