Bagi memudahkan pengamal media memperoleh maklumat terkini PRU DUN Melaka, Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dibuka dan beroperasi sejak 7 November lalu. Selain pusat informasi, ia juga menyediakan kemudahan kepada pengamal media seperti capaian internet dan ruang rehat.

Dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 10 malam sehingga 20 November pusat media ini mampu memuatkan 20 hingga 30 pengamal media pada satu-satu masa. Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid turut meluangkan masa melawat ke Pusat Media ini kira-kira 3 petang tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini