Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah terutamanya di Mekah menyediakan kelengkapan semua aspek perubatan dan kesihatan termasuk wad pesakit, klinik bergerak, perkhidmatan ambulan selain tenaga pakar daripada pelbagai bidang.

Pengarah Operasi Perubatan Mekah, Dr Mohamad Nazarudin Bahari berkata ia bertujuan mengoptimumkan kesihatan para jemaah haji.

Pada tahun ini juga pihaknya melakukan kawalan penyakit berjangkit lebih awal bagi mencegah penularan terutamanya COVID-19.

Menurut beliau, hanya kes yang memerlukan penjagaan rapi seperti penyakit kronik, akan dirujuk ke hospital Arab Saudi.

Bagaimanapun setakat ini katanya rawatan pesakit sangat minimum susulan Arab Saudi memperketatkan syarat kemasukan jemaah haji tahun ini.