Sebuah lagi Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) lengkap teknologi robotik Hybrid Assistive Limb (HAL) dari Jepun akan dibina di Perak.

Menelan kos lebih RM600 juta pusat itu dijangka siap pada 2024 itu akan menjadi mercu tanda moden dan revolusi dalam perkhidmatan rehabilitasi dan pemulihan kepada pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, projek seluas 37 hektar itu adalah projek ikonik di Perak.

Tambah beliau, pusat berkenaan mampu memuatkan sehingga 700 pesakit pada satu-satu masa dan akan membuka kira-kira 400 peluang pekerjaan.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk Neurorobotic Rehabilitation, Intelligent Neuro-Robotic Gym dan Cancer Rehabilitation.

Pembangunan projek tersebut turut mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mencadangkan reka bentuk yang ikonik dan berkonsepkan budaya negeri Perak. 

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics PERKESO di Bandar Meru Raya, Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini