Bandaraya Kuching merupakan bandaraya pertama di Malaysia diisytihar sebagai Bandar Gastronomi oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengistiharan itu merupakan satu pengiktirafan yang mengangkat kepelbagaian serta budaya makanan warisan yang unik di Sarawak. Ketika ini terdapat 48 buah Bandar Gastronomi di seluruh dunia.

Bagi menjayakan dan merealisasikan lagi pengiktirafan tersebut, Pusat Renang Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS) dibangunkan sebagai Taman Tema Air Keluarga dan Pusat Projek Kreatif Bandar Gastronomi UNESCO.

Penyempurnaannya dilakukan oleh Ketua Menteri,   Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

Dalam ucapannya, Tan Sri Abang Johari berharap Projek Pembangunan Semula Pusat Renang MBKS ini akan merancakkan industri makanan dan pelancongan negeri, selaras matlamat menjadikan Bandaraya Kuching destinasi pilihan pelancong.

Secara tidak langsung ia akan membabitkan penglibatan pakar masakan, usahawan, petani, orang awam selain pelancong dari dalam dan luar negara.

Tan Sri Abang Johari juga memberitahu, kerajaan negeri dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merancang pelbagai inisiatif untuk menaiktaraf infrastuktur pelancongan di Sarawak menjelang tahun 2030.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini