Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur dan Wilayah Utara di Gunung Keriang, Kedah kembali dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, tawaran kemasukan secara percuma diberi sehingga Ahad ini selain potongan harga tiket sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun.

Jelasnya, kebenaran lawatan secara fizikal itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan peraturan semasa PSN. Beliau bercakap demikian selepas merasmikan majlis penutup Virtual PSN SciFest (VPSF) dan National Thinkering Challenge (NTC) 2021 di Pusat Sains Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini