Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Galeri Pameran Robotik Cybernatics di Pusat Sains Negara (PSN) cawangan Wilayah Utara.

Ia antara platform terbaik menarik minat golongan muda
terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata galeri itu juga bakal menjadi tarikan baru ke PSN berkenaan.

 
Penubuhan galeri itu bakal menyokong keperluan modal insan dalam sektor industri di Wilayah Utara.
 
Datuk Seri Dr Adham berkata kerajaan sememangnya memandang serius untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang berkenaan.

Ketika ini, jumlah pelajar dalam bidang STEM adalah 47 peratus
manakala hanya 19 peratus bagi pelajar Sains Tulen.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Pameran Robotik Cybernatics di Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah.