Pusat sehenti bersepadu untuk jet perniagaan pertama negara ini bakal beroperasi pada suku akhir 2023.

Dengan keluasan lebih 140,000 kaki persegi itu, fasiliti di Lapangan Terbang Subang itu boleh menempatkan sehingga 45 pesawat sebulan.

Pusat sehenti itu ditubuh hasil kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  dengan anak syarikat Dassault Aviation ExecuJet MRO Services.

Projek pelaburan lebih RM100 juta  itu menjadi bukti kukuh keyakinan pemain industri penerbangan global terhadap potensi Malaysia sebagai hab aeroangkasa dan penerbangan.

Lapangan Terbang Subang  menjadi perintis kepada penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) untuk aeroangkasa dan penerbangan sejak 2005. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini