Malaysia kini mempunyai Pusat Simulasi Penerbangan Termaju sendiri khusus untuk Program Latihan Penarafan Kapal Terbang Boeing 737-800. Ia turut mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa penerbangan tempatan dan antarabangsa untuk tujuan latihan jurutera penyelenggeraan pesawat.

Pusat simulasi berkenaan telah dibangunkan Institut Teknologi Penerbangan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT). Perolehan Simulator 737-800 ini adalah sebahagian daripada inisiatif UniKL MIAT dibawah projek Rancangan Malaysia Ke-11.

Projek perolehan ini juga bertujuan untuk menaiktaraf kampus dengan mewujudkan elemen Smart MRO dalam menjayakan revolusi industri 4.0.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini