Putera Andrew hilang gelaran kehormat ketenteraan dan naungan diraja, berkuat kuasa semalam.

Perkembangan mengejutkan itu diumumkan Istana Buckingham menerusi satu kenyataan khas.

Dengan kelulusan dan persetujuan Ratu Elizabeth II, gelaran ketenteraan dan naungan diraja Duke of York telah dikembalikan kepada Ratu.

Duke of York, Putera Andrew, tidak lagi menjalankan sebarang tugas awam dan menghadapi kes itu sebagai warganegara biasa.

Pengumuman dibuat ketika Putera Andrew menghadapi kes sivil di Amerika Syarikat berhubung dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang ketika itu berumur 17 tahun.

Andrew, 61 tahun, adalah anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, mendiang Putera Philip.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini