Bertahun-tahun berdepan kontroversi, akhirnya Puteri Mako yang juga puteri sulung Putera Mahkota Akishino serta Puteri Mahkota Kiko, berkahwin. Perkahwinan dengan pemuda kebanyakan yang juga rakan seuniversiti, Kei Komuro, telah didaftarkan dan diterima, tanpa upacara tradisional.

Perkahwinan ini menyaksikan Puteri Mako hilang gelaran kerana mengahwini orang kebanyakan. Puteri Mako meninggalkan Kediaman Imperial Akasaka, sambil mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga. Pasangan ini merancang untuk berpindah ke Amerika Syarikat selepas berkahwin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini