Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan unit berkait senjata nuklear diletakkan dalam keadaan siap siaga susulan kemungkinan campur tangan tentera Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekatan ekonomi terhadap Moscow.

Menurut sumber, Putin berkata negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat mengambil langkah ‘tidak mesra’ di tengah-tengah pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Di Washington, Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki, berkata Amerika Syarikat akan terus mendukung Ukraine dan membantu Kyiv mempertahanan kedaulatannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini