Susulan pengumuman darurat oleh Ukraine, Vladimir Putin, sebentar tadi mengumumkan ‘operasi tentera’ sudah bermula di Ukraine dan mengerahkan tentera negara itu meletakkan senjata.

Putin, dalam perutusan khas melalui televisyen pukul 6 pagi waktu tempatan, mengisytiharkan perang tanpa menghiraukan desakan Barat dan global sejak kebelakangan ini supaya jangan melakukannya.

Dalam perutusan tersebut, Putin menegaskan sudah membuat keputusan melancarkan operasi tentera dan berikrar menentang sesiapa sahaja yang campur tangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini