Puting beliung kategori tiga membadai bandar Fredericktown di tenggara Missouri, Amerika Syarikat.

Ia merosakkan banyak kediaman,premis perniagaan dan pencawang elektrik yang membekalkan tenaga ke bandar yang dihuni kira-kira 4,000 penduduk.

Sesi persekolah pula terpaksa dibatalkan berikutan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan yang dialami kediaman pelajar.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan diterima.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, puting beliung itu kini bergerak ke Illinois.

Ia bergerak dengan kelajuan antara 219 hingga 266 kilometer sejam.

Laporan awal menunjukkan sebanyak enam puting beliung mungkin membadai seluruh utara Missouri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini