Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri apabila kepalanya putus selepas merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 24, Lebuh Raya SILK, Kuala Lumpur pada kelmarin
Mangsa, Samsuri anak Adam, 30, yang menunggang dalam perjalanan dari arah Kajang ke rumahnya di Pulau Carey, Klang, Selangor sebelum terbabas sendiri kira-kira pukul 5.25 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, ketika kejadian, mangsa tidak memakai topi keledar dan menunggang dalam had laju tinggi sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan. Kepala mangsa terhentak dan terseret di atas pembahagi jalan bersama-sama motosikalnya sejauh 60 meter. Kepala mangsa pula ditemukan kira-kira enam meter daripada tubuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini