Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sentiasa mengenal pasti dan menyantuni permasalahan bekas anggotanya dari semasa ke semasa.
 
Menurut Timbalan Presiden PVATM, Mejar (B) Datuk Sazali Ismail, ini kerana terdapat dakwaan bekas anggotanya hidup dalam keadaan daif berkemungkinan besar disebabkan orang ramai keliru antara kategori veteran ATM dan bekas tentera.

Menurutnya lagi, PVATM sentiasa menyalurkan bantuan kepada 160,000 ahlinya yang berdaftar setakat ini manakala untuk bekas tentera pula bantuan yang diberikan bersifat ihsan.
 
Jelasnya, veteran ATM dan berdaftar di bawah PVATM sentiasa menerima manfaat daripada persatuan.
 
Bagaimanapun pihaknya tetap membantu bekas tentera setakat termampu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini